Thursday, February 23, 2012

Ayat ini utk pengajaran diri sy sendiri!

Sangat gerun bila membaca janji Allah dari surah kahfi: iaitu utk org yg kufur, zalim pada diri sendiri, menanti api neraka, jika haus akan diberi minum air seperti tembaga yg cair sampai muka terbakar (dipetik dari ayat 29). Yg menggerunkan ialah, Allah tak kata api neraka dan tembaga cair ni utk org kafir,..tapi..utk org yg kufur..dan org yg zalim..

- kufur pada nikmat Allah..tak guna nikmat dgn baik, tak bersyukur, malah buat dosa.

- zalim pada diri sendiri..tak buat seperti yg sepatutnya, sbg hambaNya dan khalifahNya..

.
.
.

Ya Allah, rasanya termasuk dalam kategori ni! Diri ini selalu kufur nikmat Allah, byk buat dosa!

Astaghfirullahal'azim..kene byk bertaubat!

.
.
. Mujurlah..dalam ayat berikutnya, Allah janji pula: pahala xkan hilang bg org yg berusaha memperbaiki amalnya! (dipetik dari ayat 30)

.
.
.

Alhamdulillah..masih ada peluang..terima kasih ya Allah..jadi, kene byk taubat, dan mesti baiki amal!

Saya dan Allahyarham adik Faris



Saya tidak mengenali Allahyarham adik Faris. Sy hanya membaca kisahnya di FB dan blog. Malam td, sy benar2 tersentak, mendengar berita pemergian adik Faris. Perasaan sy bercampur baur. sebak seolahnya memahami perasaan ibu dan ayah beliau. lega kerana Allah telah menghentikan penderitaan adik Faris dan memberikan yg terbaik buatnya, bersyukur kerana doa sy dimakbulkan ALlah, gembira kerana adik Faris bahagia di syurgaNya, dan regret kerana sy telah berniat utk menyumbang kepada beliau tapi beliau telah pergi sebelum sempat sy melakukannya. Sy tidak sepatutnya menunda2.

Adik Faris sgt beruntung. Sgt sgt beruntung. Dijemput Allah dalam usia begitu muda, sebelum sempat ada secalit dosa dalam buku amalnya. Mudah2 dapat masuk syurga Allah. Sungguh syg betul Allah kepada beliau.

Sy cemburu. Dia mendapat sesuatu yg sy inginkan. Tetapi dia mendapatnya dengan sangat mudah. Sedang sy pula perlu byk dan sentiasa bertaubat, sbb dosa dah terlalu byk. Dah hampir 20 tahun dosa sy dikira setiap hari setiap masa. Tidak cukup bertaubat, sy juga perlu sgt sgt berusaha agar Allah berkenan menempatkan sy di syurgaNya. tempat adik Faris. Tempat Nabi Muhammad.

Sy melihat kembali takdir hidup sy. Sbnarnya sy juga hampir2 senasib dgn adik Faris..kerana sy hampir2 tidak dilahirkan dunia..tapi Allah tetap berkehendak sy ada di alam dunia ini. Sy berfikir, sy tertanya. Mengapa? Tentu ada sebabnya. Tentu ada sesuatu yg penting berkenaan sy. Tapi apa? sdgkan sy org biasa..byk buat dosa..selalu lalai dan cetek iman dan ilmu agama.

Tidak, tentu ada sesuatu signifikan kenapa sy ada di bumi Allah ini. Sy tidak tahu apa, tapi sy mahu mencari dan men-develop sesuatu yg signifikan ini. Sy tak boleh jadi orang biasa lagi..yg hanya pergi kerja, balek kerja, uruskan rumah dan anak2, berjalan2 dan balek kg..tapi mulai sekrg sy mesti berbuat lebih dari ini..sy mesti menyumbang kepada agama..menyumbang kepada masyarakat..saya tak boleh hanya duduk diam, hanya menerima dari org yg menyumbang. Sy perlu menjadi orang yg menyumbang itu! Ilmu dan iman sy cetek, tp sy masih boleh mula bergerak sedikit demi sedikit, biar usaha kecil, tapi sy harus mulakan utk kearah sesuatu yg signifikan itu, semoga semakin lama menjadi signifikan dengan izin Allah. Jadi secara tak langsung, yg lebih penting, sy sendiri perlu baiki diri sy, sbg hamba..sbg khalifahNya. Sy berdoa kepadaNya, empunya plan yg Maha Bijaksana, semoga sy dibantu, dibimbing olehNya.

Saya selalu merasakan...nanti Allah akan tanya kepada sy di hari akhirat: "Apa yg kau dah buat utk agama Aku?" kerana sy pernah mendengar dalam satu ceramah ustaz Azhar Idrus..bahawa semasa alam ruh kita semua telah berjanji bahawa Dialah satunya Tuhan kita, dan kita akan menolong agamaNya. Sy hanya berharap, sy dpt menjawab soalan ini nanti, dan Allah redha dgn sy.

Semoga sy dan kita semua dapat menunaikan janji ini, yang nantinya akan ditanya kembali. Amin Ya Rob.

Friday, February 10, 2012

Janji

Model kajian sy yg bermasalah ini benar2 mencuri masa, tenaga, perhatian dan emosi sy. Waktu pengajian sudah kritikal, dan masalah yg dihadapi juga kronik. Jadi sy cuba 100% usaha dan 100% tawakal kepada Allah. Yg menjadi mangsa: Waktu utk belajar tentang agama sgt terjejas. Sedih! Sehingga satu ketika, dalam hati sy berjanji; yg sy akan lebih byk lg bljr tentang agama setelah masalah model kajian sy ini selesai. Dengan tanpa disangka-sangka, detik itu juga, sungguh saat itu juga, Allah menolong sy sehingga model kajian sy itu berjaya! Allahuakbar! Sungguh Allah Maha Besar. Alhamdulillah..alhamdulillah..sungguh ini adalah pertolonganNya yg sgt besar.

Terima kasih byk2 juga sy ucapkan kepada keluarga dan sahabat yang mendoakan dan memberi sokongan kepada sy. Setiap kali membaca komen2 yg ditulis di fb, sy merasa terharu dgn sokongan yg diberikan, dan setiap kali itu sy kembali bermotivasi utk meneruskan perjuangan. Jazakumullahukhairan kathiro.

Sy merenung kembali, dalam kesyukuran sy benar2 terkesima; betapa Allah Yang Maha Bijaksana, dengan caraNya yang bijaksana, ingin mengajak hambaNya kepada agamaNya. Janji sy itu sy ingat, dan sy percaya kini Allah mahu melihat sejauh mana sy mengotakan janji tersebut. Janji utk lebih byk belajar perkara2 agama, akhirat, berkaitan iman dan amal..janji bahawa focus, masa dan tenaga sy bukan kepada perkara2 dunia semata.

Sbnarnya kita semua telah berjanji kepadaNya, semasa di alam ruh, bahawa kita hanya hambaNya dan Dia lah satunya Tuhan kita. Tapi bila lahir ke dunia, kita menjadi hamba kepada duit, hamba kerja, hamba materialistik, hamba keseronokkan dan bermalas-malasan, hamba cinta manusia..benarkan, berapa byk hours dalam sehari kita digunakan utk perkara2 agama selain yg wajib seperti solat? Sy berjanji, walaupun PhD sy belum selesai, sy tak mahu tenaga dan masa sy hanya habis pada belajar PhD, makan minum, berehat, bermain dgn anak2, solat wajib. Di mana waktu utk mengenal Allah, mengenal nabi, belajar kitab suci Allah? Nanti di akhirat Allah tanya :"waktu kau, apa yang kau buat?", sy nak jwb apa? PhD? Jalan-jalan? Masak?

Mari kawan-kawan, kita kumpul bekal kita buat hari yg tiada lagi penolong, tiada lg alasan, tiada lg second chance..

Yang paling kita takut

Jika difikir-fikirkan, apa perkara yang paling kita takut & nak elakkan? Kesusahan/kesengsaraan kat dunia ni dalam apa jua bentuk paling lama pun 60-70 tahun. Tapi sbnarnya yang kita takut ialah azab kubur (sbb sakit dan lama sampai kiamat datang) dan azab neraka (lagilah sakit dan lagilah lama!).

Di sini ada satu doa utk minta dijauhkan dari azab2 ni..sgt MUDAH utk di hafal, dan dibaca ketika tahyat akhir dalam solat sebelum beri salam.

Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu Jarud dalam al-muntaqa: Nabi s.a.w selalu membaca doa ini dalam tasyahhudnya.

Maksud doa : Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa kubur, dari siksa neraka jahannam, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal

Mudahan2 jika kita mengamalkannya, Allah akan makbulkan doa kita Amin!

Saya yang kerdil

Saya dlm kesulitan. Model kajian saya masih tidak menjadi. Sudah agak lama saya dalam keadaan begini. Tension, sedih, give up..semuanya pernah menyerang emosi sy. Doa kepada Allah sering kali dipanjatkan. Usaha sentiasa diteruskan. Tapi penyelesaian masih tanda tanya.

Saya bertanya kepada diri sy: "kenapa la susah sgt nak get this thing right? Kalau betul susah, researchers lain dah buat dan boleh buat dgn baik. Tapi model sy masih salah." Berfikir dan berfikir...kebelakangan ini sy mmg gemar berfikir dan mempersoalkan diri..

Akhirnya..sungguh, sy merasa diri terlalu kerdil. Selama ini jika saya bljr dan melakukan sesuatu saya pasti mendapat hasilnya. Sehingga saya menganggap kejayaan demi kejayaan itu adalah hasil usaha sy. Tidak, kali ini Allah benar2 ingin mengajar sy: bahawa kejayaan itu bukanlah kerana usaha sy, tetapi kerana pertolongan dan pemberian-Nya kepada sy.

"Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya" (surah Al-'Alaq)

Sukar utk digambarkan perasaan merasa kerdil ini. Saat mengangkat tangan ketika takbirratulihram dan mengucapkan "Allahuakbar" hati merasa begitu sebak dan mahu menangis. Sy berharap agar saya tetap dengan perasaan kerdil ini. Saya mengingatkan diri, jika sy berjaya nanti jangan lg mengganggap ianya hasil usaha sendiri, tetapi kerana pertolongan Allah. Kalaupun nanti sy berjaya dpt PhD, jadi prof dsb, I'm no one but hamba Allah yang kerdil!

Utk model sy yg bermasalah ni, sy akan terus berusaha. Susah macamana pun, kita x boleh give up, kan? Kerana Allah menjanjikan:

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Asy-Syarh)

Mudah-mudahan pelajaran bermakna ini berbekas di hati. Amin Ya Rob.

Allah 'berkata-kata' kepada kita?

Macamana rasanya kalau kita dapat dengar Allah 'berkata-kata' kepada kita..cthnya: ketika kita dalam masalah atau kesusahan, Allah memberi kata-kata semangat agar kita terus berusaha..ketika kita buat salah Allah bagi nasihat, ketika kita bersedih Allah memberi kata-kata utk meghilangkan kesedihan itu..Alangkah bahagianya hidup ini..

Sebenarnya Allah sentiasa berkata-kata kepada kita, melalui kata-katanya di dlm Al-Quran..cuma sygnya, kita sj yg tak ambil tahu kata-kata Allah itu. Kita hanya menganggap Al-Quran sebuah kitab suci, utk dibaca..Tidak, bukan itu saja fungsi Al-Quran dalam hidup atau rutin harian kita. Bahkan sbnarnya dalam setiap situasi yg kita lalui seharian kita boleh sentiasa dengar kata-kata Allah kepada kita walaupun tanpa sedang duduk membaca kitab suci Al-Quran. Cthnya: ketika tgh tension bljr dan melalui jalan buntu, kita teringat kata-kata Allah dalam surah Al-Ikhlas: "Allahussomad"...seakan-akan dalam kebuntuan itu Allah memberitahu kita yang Dialah tempat utk kita meminta dan bergantung setiap sesuatu, termasuk masalah pembelajaran kita itu..seolah-olah Allah beritahu kita, mintalah tlg kepadaNYa kerana Dialah tempat utk meminta tlg...satu cth lg..ketika kita sibuk dgn urusan kita hingga melewatkan solat, Allah menasihatkan kita dengan kata-kataNya dalam surah Al-Ma'un: "Fawailul lilmusolliiin..Allazinahum 'an solatihim sahuun": iaitu "celakalah orang yg solat, iaitu orang yg lalai terhadap solatnya (dari segi waktu dan pelaksanaan"...teringat ini, terus terasa Allah bagi 'warning' kat kita supaya kita cpt2 solat..

Byk lg cth lain..dah sbnrnya ini tidak mustahil utk kita, walaupun kita hanya orang biasa, bukan ustaz atau ustazah, yg tak tahu Arabic, yang x hafal keseluruhan Al-Quran..dan sbnrnye cth2 di atas hanya di ambil dari surah2 pendek dr Juz 30 yang paling mudah antara kesemua isi Al-Quran...ertinya, dengan surah2 pendek ini pun besar effectnya kepada kita kalau kita pandai menggunakannya.

Lalu bagaimana nak capai macam ni, kalau kita hanya orang2 biasa? InsyaAllah, Allah akan bantu kita jika kita berusaha. Mari kita cuba utk melalukan beberapa langkah ini:

1. setiap hari, cuba HAFAL 2-3 baris ayat AL-Quran..SEDIKIT saja, jadi insyaAllah takkan mengganggu jadual harian kita yang sibuk. utk mudah, mulakan dengan menghafal surah2 pendek dr juz 30..pada langkah permulaan ini, tidak hafal makna tidak mengapa...baca hafalan dalam solat (selepas fatihah) dan selalu cuba ulang supaya kekal dalam ingatan. Teruskan menghafal 2-3 baris ayat Al-Quran setiap hari

2. Setelah hafazan mulai banyak, cthnya dah hafal 4 muka, pause menghafal selama 4-5 hari..dan hanya mengulang hafazan..sambil itu, hafal pula MAKNA ayat2 yang telah dihafal (bg yg tak speak Arabic). MAKNA perlu dihafal supaya setiap kali kita membaca ayat2 AL-Quran itu, kita paham apa yang kita sebutkan..

3. Semasa menghafal makna, cuba kaitkan dgn diri kita..cthnya, apabila kita hafal makna surah Al-kauthar: "Sesungguhnya Kami telah memberimu nikmat yg banyak..maka dirikanlah solat kerana Tuhan Pencipta kamu dan berkurbanlah (bersedekahlah)"..sambil hafal tu, kita nasihat diri kita.."mm setiap kali aku dapat nikmat, (cthnya Allah mudahkan kita dapat kerja, atau naik gaji dsb, journal paper accepted, lulus viva, sembuh dari demam dsb), aku misti say tq to Allah..aku misti solat sunat utk syukur kepada Allah, dan bagi sedekah, sbb Allah pesan mcm ni..

InsyaAllah dgn cara macam ni kita akan sentiasa ingat pesanan2, nasihat2, kata2 gembira dan juga janji2 Allah kepada kita yg tercatat dalam Al-Quran..jika tak byk, sedikit pun insyaAllah dapat memberi kesan yang baik dalam hidup kita..paling penting, niatkan semua usaha ini sebagai usaha utk mendapatkan rahmat Allah, rahmat yg menyelamatkan kita dari siksa kubur dan neraka, Amin.

Saya dan Nabi

Sudah hampir 30 tahun saya hidup di dunia ni. Belajar sana sini. Berjalan sana sini. Sayangnya, -dan ini hakikatnya- Nabi Muhammad saya tak betul2 kenal (setakat sirah nabi yang ingat2 lupa)..dan..-lebih malang lagi- macamana nak dapat syafaat nabi pada hari akhirat nanti, kalau saya takda buat apa2 utk menunjukkan saya pengikut setia, pecinta nabi?

Jadi, sempena maulidur rasul tahun ini, saya taknak ia berlalu dengan sia2..Mari kawan2..kita do something to show that we love our Nabi. cthnya: kita baca buku berkaitan nabi, menulis berkaitan nabi, menghafal selawat baru dan membacanya dengan sepenuh hati. Ingat x lagu yg best "YA NABI SALAM ALAYKA" by Maher Zain? Jika sebelum ini kita hanya menyanyikannya di hujung bibir, apakata kita hafal lirik dia dan nanyikannya selalu -ketika memasak, atau terperangkap dalam traffic jam, atau sedang berjalan dsb - dengan niat utk menunjukkan kita cinta dan ingat nabi.

Mudahan2 dengan usaha kita, nabi berkenan bagi syafaat utk tlg kita di akhirat nanti. See, utk kepentingan diri kita juga! lirik ada di: http://anizyn.blogspot.com/2010/11/lirik-lagu-ya-nabi-salam-alayka-maher.html (Arabic + english translation)
PS: tapi jangan lupa niatnya ye ;)

Solat

Ada orang boleh rasa semakin dekat dengan Allah dan rasa tenang selepas sembahyang. Dalam doa, berjujuran air mata cinta kepada Allah. Solat malam terasa sangat mengasyikkan. Sayangnya, diri ini jauh dari tahap itu. Solat kerana satu kewajipan. Tidak menambah iman, dan tidak mendatangkan ketenangan. Mungkin antara sebabnya:
- solat di buat cepat2 - dalam masa 5 min dah selesai
- solat di buat pada waktu yang tersisa - cthnya, lagi 5 min nak habis break time
- tak paham ungkapan2 dalam solat - hanya dihafal dan dibaca cepat2

dan lain2 sbb yang lebih bersifat "konsep" seperti tak faham kenapa solat dsb.
Kalau dapat kita improvekan 3 perkara di atas, insyaAllah mudah-mudahan solat kita akan rs lebih bermakna. Yelah, kita solat sbb kalau tak solat dosa besar. Tapi kalau solat tapi lalai pun Allah kata masuk neraka Wail (na'uzubillahiminzalik). Untuk mengatasi 3 perkara di atas, kita cuba
- solat biar lama sikit dari yang selalunya (dan ini secara logiknya akan berlaku jika kita cuba menghayati bacaan2 dalam solat kita, bukan sekadar membaca)
- solat pada waktu yang berkualiti, yang membolehkan kita solat lebih lama
- dan ini yang paling penting, mari kita HAFAL MAKNA bacaan2 dalam solat (bagi yg x speak Arabic mcm sy), dan cuba ingat balik makna bacaan2 tersebut ketika kita membacanya dalam solat. Rakan saya (orang putih masuk Islam) ada bercerita, dia baru masuk Islam, dia baru hafal bacaan2 dalam Solat (Arabic) dan dia juga MENGHAFAL makna tersebut, dan dalam setiap 2 minggu dia akan check/MENGHAFAL SEMULA, utk memastikan dia sentiasa ingat makna bacaan2 solat itu, MasyaAllah. Kita pun kena jadi macam dia walaupun kita dah hafal bacaan Arabic itu dari sekolah rendah lagi.

Makna bacaan dalam solat. Mari kita menghafalnya. Mudahan2an Allah lebih sayang pada kita dengan usaha kita yang kecil tapi bermakna ini. Amin

Takbiratul-Ihram & Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal:
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke
atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang
berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yg tlh Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabat-sahabatnya.

The journey begins

Saya pernah hidup dengan jiwa yg lalai; tidak menggenggam dunia seperti mendiang Steve Jobs dan Apple-nya, tidak juga mengejar akhirat seperti Ustaz Azhar Idrus. Saya? - Pergi kerja, balik kerja, masak, tengok tv, internet, weekend jalan2, jumpa kawan, blk kg, shopping. Lebih baik sikit je dari ayam2 yang keluar pagi2 dari reban utk cari makanan.

Tapi entah bagaimana -dan sy lupa secara terperinci- jiwa yang lalai bertukar perlahan2 kepada jiwa yang mula suka berfikir. Berfikir "Apatah ertinya hidup aku kalau cuma kerja, tgk tv, jalan2.." Berfikir: "kenapala susah sgt nak solat lama2, kalo masak berdiri sejam pun boleh"...berfikir: "baca buku akademik beriya, tp kenapa aku baca quran sambil lewa"..

Reflection demi reflection..

Dari situ saya mula bljr dan mula sedar tentang hakikat hidup ini - apa sbnrnya hidup ini. Paling penting, sy dpt benar2 merasa perbezaan pd diri dan hidup sy. Jika dulu sy malas dan sgt susah hendak membaca, tetapi bila berfikir "Aku nak syafaat nabi kat akhirat nanti, tapi nabi pun aku x kenal", sy mula mencari dan membaca bermacam2 buku berkaitan nabi. Malah seperti magic, perasaan nak membaca itu sungguh membuak2 sehingga pernah sy x boleh tidur hanya krn ingin terus membaca buku yg sdg dibaca.

Alhamdulillah, sy sgt bersyukur. semua ini kuasa Allah. Terkadang sy terkenang kembali kehidupan sy yg sebelum ini, dan merasa pelik dan jelik dgn diri sendiri: "kenapa la aku mcm tu dulu..hidup takde erti..what a waste!" Sungguh sy bersyukur dgn nikmat hidayah yg Allah berikan ini. Dalam solat sy memohon, agar tidak sekali-kali sy kembali kepada sy yg lalai.

Semakin lama, sy menjadi percaya; bahawa dgn merefleksi diri sendiri kita mudah utk berubah dan menjadi lebih baik. Bukankah nabi juga melalui proses yg sama semasa baginda meninggalkan rumahnya dan menyendiri di Gua Hira, kemudian didatangi Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu dari Ilahi.

Jadi di sini -di blog ini- sy ingin berkongsi journey refleksi ini..moga2 ada manfaatnya utk org lain juga..terima kasih kepada yg sudi membaca. Akhir kalam, yg baik dtgnya dari Allah, dan yg salah itu adalah dari kekurangan diri sy sendiri.

Yang mencari rahmat Ilahi,
s.u.m